Budaya Melayu
Sunday, February 12, 2012
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan
Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang
Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Tuesday, December 7, 2010
BLOG PERTAMA SAYA
PERASAAN SAYA PERTAMA KALI MEMULAKAN BLOG
Pada pertama kali saya memulakan blog saya rasa terkejut kerana saya tidak pernah menggunakan blog dan saya tidak tahu untuk menggunakan blog ini. Sekarang saya rasa keliru kerana saya kurang pasti untuk cara menggunakannya. Tetapi saya rasa terkejut kerana saya sudah tahu yang Farhan, Qadari dan Nizuan yang telah koyakkan kertas kecil yang tertulis dari kita semua. Sekarang kita semua hendak membuat semula akaun blogger.

Wednesday, August 18, 2010
PERTANDINGAN BLOGING 2010 - ENTRI KEDUA
Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan tradisional Melayu di Malaysia dan Singapura. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya bagi menambahkan aromanya. Biasanya nasi lemak banyak dijual di kedai kopi dan restoran - restoran di Singapura.
PERTANDINGAN BLOGING 2010 - ENTRI SATU
Singapura bandarku yang canggih
Jalan-jalan ke Singapura
Berpusing-pusing naik kereta
Singapura bandarku yang indah
Hari Kebangsaan:
Hari kebangsaan disambut oleh rakyat Singapura adalah ulang tahun negara, ia juga dikenali sebagai hari kemerdekaan. Hari kebangsaan menjadi hari kemerdekaan pada 9 Ogos 1965 kerana ia berpisah dari Malaysia pada hari itu. Kini, Hari kebangsaan pada zaman sekarang disambut dengan ceria dan meriah. Tahun ini hari kebangsaan bagi Singapura sudah 45 tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)